In The Name Of Allah The Most Gracious And Most Merciful
Lelaki yang kacak ialah...
> Lelaki yang solat 5 waktu sehari semalam
> Lelaki yang menghulurkan sedekah kepada yang memerlukan
> Lelaki yang memakai pakaian yang sopan, kemas dan menutup aurat
> Lelaki yang menghormati ibu bapa dan sanak saudara
> Lelaki yang mampu menepis godaan zina dan maksiat
> Lelaki yang menjalankan tanggungjawab kepada keluarga
> Lelaki yang memberi ruang duduk kepada wanita atau golongan uzur di tempat-tempat awam
> Lelaki yang berjaya mengawal perasaan marah dengan ucapan ZIKRULLAH
> Lelaki yang bertutur dengan sopan dan penuh hemah dengan orang lain
> Lelaki yang melaungkan AZAN dan menjadi IMAM ketika menunaikan solat
> Lelaki yang menyediakan nafkah zahir dan batin (bagi yang telah berkahwin)
> Lelaki yang berjaya mengawal perasaan cemburu
> Lelaki yang melayan isteri seperti seorang bidadari
> Lelaki yang mampu bangun dari tidur pada malam hari untuk beribadat kepada Allah
> Lelaki yang mudah dibawa berbincang dan bertolak ansur
> Lelaki yang mampu berdikari dan bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu
Lelaki soleh dijelaskan dalam Al-Quran adalah seperti berikut:
"Dan diantara ahli kitab ada sekolompok orang yang berlaku lurus. Mereka membaca ayat-ayat Allah di malam hari, sedang mereka bersujud (maksudnya mengerjakan solat malam sambil membaca kitabullah). Mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat, mereka mengajak kepada kebaikan dan mencegah dari perbuatan mungkar, dan mereka bersegera mengerjakan kebaikan-kebaikan. Mereka itulah orang-orang yang soleh."
(Ali-Imran 133-134)
No comments:
Post a Comment