In The Name Of Allah The Most Gracious And Most Merciful
Kenapa lelaki menangis..?
Lelaki menangis bukan sebab potong bawang ataupun sebab lain,
Tapi sebab ALLAH SWT dan perkara-perkara yang boleh dia tangisi :)
Lelaki yang selalu mengalirkan air mata ialah lelaki yang kuat imannya.
Biasanya lelaki jenis ini menangis tatkala mengingatkan dosa-dosanya yang lalu.
Dia juga akan menangis kerana terlalu bersyukur, merasa amat berterima kasih atas pemberian nikmat Allah.
Lelaki yang tidak malu untuk menitiskan air mata adalah lelaki jujur dan berhati bersih.
Sekarang, amat susah mencari lelaki jenis ini. Kebanyakan lelaki yang ada disekeliling kita adalah lelaki yang bersikap egois, maka menangis kerana dosa-dosa yang dilakukan pun dia tidak mahu. Apatah lagi menangis kerana merasa terlalu bersyukur.
Lelaki yang kerap menangis adalah lelaki yang lembut hatinya, penyayang, amat jujur dan setia.
Hatinya lembut kerana NUR IMAN yang tersimpan di situ, menyinarkan mahabbah, maksudnya rasa berkasih-sayang dan rasa ingin saling mengambil berat. Itu juga petanda bahawa lelaki jenis ini seorang yang optimis, pemikirannya bersangka baik, dan tidak suka berkata yang buruk walaupun sekelumit.
Kenapa lelaki menangis?
> Kebanyakannya menangis kerana terlalu gembira apabila menyambut kelahiran cahaya mata pertama.
> Teringat akan dosa-dosa yang pernah dilakukan.
> Merasai kesyukuran yang amat mendalam kepada Allah Yang Esa.
> Ibu atau bapanya meninggal dunia.
> Terlalu takut tatkala teringat akan azab api neraka.
> Terlalu khusyuk didorong rasa kehambaan di dalam zikir-zikirnya.
> Tersentuh hati apabila membaca Al-Quran yang dibaca olehnya.
No comments:
Post a Comment